Kawan aku pernah tanya aku.
“Kau tak minat buat duit ke Lan?”
Aku cakap kat dia, aku tak minat buat duit.
“Alah tipulah,” dia kata. “Mana ada orang tak nak buat duit.”
Bila aku tenung balik muka dia, betul jugak apa yang dia kata. Mana ada orang tak nak buat duit? Takde duit maknanya tak makan. Maknanya takde tv, takde radio, takde rumah, takde hiburan, dan yang paling penting sekali, bila sakit macam mana nak cari ubat, kalau takde duit.
Jadi aku pun jawablah kat dia. Aku cakap macam tu lah.. aku kata, yelah, memang nak buat duit. Kalau tak nak buat duit pertama-tama sekalinya, buat apa aku belajar, buat apa aku cari kerja yang bergaji? Yelah, sebab banyak ajer kerja tak bergaji dalam dunia ni. Tak caya tanya mak aku.
Tapi bila aku fikir fikir balik, aku rasa aku argumen aku nak buat duit tu, tak sama dengan apa yang dia maksudkan. Aku rasa, yang dia maksudkan, ialah berhobi membuat duit. Yakni, above and beyond dayjob, cari peluang lain tambah pendapatan. MLM ke. Direct selling ke. Berniaga ke. Sebab kalau dalam konteks tu yang dia maksudkan, aku memang malas la nak buat duit. Yelah, sebagai contoh… kalau aku dah cukup dah duit untuk nafkah diri, iaitu makan, bayar sewa, bayar bil, pastu ada lah lebih sikit nak buat beli cekelat ke, beli buku cerita ke.. aku memang takde usaha nak kumpul lagi dah.
Walhal, kat sini, banyak je peluang nak buat duit tu. Weekend aku boleh kerja part time. Tak pun malam.. lepas balik buat research; atau pagi, sebelum masuk ofis, bak kata Idlan. Tapi aku nak spend weekend aku baca buku. Baca newspaper. Baca website-website menarik. Aku nak jalan-jalan amik gambar. ‘Nak buat duit’ tu tak termasuk senarai perkara aku nak buat nak isi masa lapang. Walaupun orang kata buat doctorate ni tak patut ada masa lapang, maksud aku, waktu yang dilapangkan sebagai stress management.
Jadi kalau kita tafsirkan, bekerja tu sebagai usaha mencari nafkah diri – ye ke betul penggunaan perkataan nafkah ni? Aku bukan reti sangat – maka dengan itu, aku tak berminat la kot nak buat duit.
Aku tahu ada setengah orang, memang berminat nak memperanak-pinakkan wang yang dah sedia ada. Aku rasa, pada dasarnya, aku pun termasuk jugak kot dalam golongan tu. Berminat jugak aku nak invest, supaya ada sedikit pot of gold di hari tua. Tapi kalau invest untuk pot of gold tu, nafkah diri jugak kan? Pre-emptive nafkah diri, but all the same, nak menjamin bila dah tua kelak, tak la menagih simpati dari anak-anak yang sudah lupa diri.
Tapi minat aku dalam bidang investment ni, tak lah sampai nak berkiblatkan buku Irfan Khairi atau Azizi Ali. Aku sekadar mengambil tahu supaya tak terjebak dalam investment yang tak halal.Tak pernah aku berjaya habiskan buku Rich Dad Poor Dad tu walaupun adik aku suka benar baca. Sampai page 10 aku serender. So dari aspek tu, aku ni tak minat la kot buat duit?
Aku cakap semua tu kat member aku. Macam aku cakap tadilah. Aku huraikan kat dia.
“Abis tu, kau minat buat apa Lan?” dia tanya aku.
Aku cakap, aku minat duduk dalam bilik baca buku cerita, sambal cuba menjawab soalan-soalan yang kawan-kawan aku tanya beberapa minggu lalu.
Dia tengok aku lepas tu.. pelik semacam je.
Itulah akibatnya. Nak lagi berMLM dengan aku.
*Nota: MLM disini adalah akronim bermaksud Multi-Level Marketing, dan bukan singkatan untuk perkataan Malam.
1. Comment by shook
20/Jul/2006 at 12:57 am
ahahhaha.. apparently kawan ngko tu not the real pushy type. Kalau dia MLM true blue kan.. s/he’ll be back again and again and again
ekekkkeke
2. Comment by kuku man
20/Jul/2006 at 4:18 am
How come you talk(sound) a bit funny(in malay)??
3. Comment by 9
20/Jul/2006 at 5:31 am
plz refer to my earlier posting on my 2 cents worth on MLM ppl.
danke.
4. Comment by glucose_overdose
20/Jul/2006 at 6:45 am
kelakar plak aku dengar ko celoteh dalam bahasa melayu.
hua hua
5. Comment by Idlan
20/Jul/2006 at 6:57 am
ko ‘dengar’ ek? hahaha. sekali sekala..
6. Comment by Noi
20/Jul/2006 at 11:04 am
darling..
think the heat is getting to u..”sambal cuba menjawab soalan-soalan ….”
Teringat sambal yg I made for you the last time kita berMLM bersama ke?
-nak jaffa cakes-
7. Comment by Idlan
20/Jul/2006 at 1:12 pm
Yang, sambal tu .. sambil, tapi English spelling. Bila lagi kita nak berMLM ya? You lah, siapa suruh kawin..
8. Comment by faiez
24/Jul/2006 at 6:51 am
Aku nak buat duit tapi at the same time kenot la sacrifice the luxury of bermalas-malasan.
Tipu ah MLM dapat duit senang… kena jumpa org buat muka tembok mintak jadik ahli tu senang ke?