Archive for

September, 2008

...

Entry ini tergantung kerana aku tiada modal

no comments

Saya tidak buat ketupat ini..


Penulis tidak membuat ketupat ini.. sebaliknya ianya dikebas dari majlis sambutan Aidilfitri FPI tahun lepas

Terbit juga perasaan ikhsan aku ketika berbual dengan jurujual di Alamanda tadi – dia tidak mendapat cuti hari raya sehingga selepas raya pada tahun ini. I know what that’s like; lapan tahun aku berhari-raya dalam keadaan tugasan menunggu. Umumnya aku mulakan hari dengan solat sunat, dan terus ke pejabat. Kalau berkelapangan pada hari itu, barulah ziarah rakan taulan – if for nothing else, then free food!

Tahun ini Aidilfitri di Bangi! Ah.. sudah seminggu Mama tersengeh dan tersenyum kerana tahun ini, cukup haul anak-anak beliau berhari raya di Malaysia. Semasa remaja sering aku baca tentang ibu tua yang menunggu kepulangan anak-anak; tidak ku sangka Mama suatu hari menjadi ibu tua itu! Mungkin kerana dalam mindaku Mama tidak pernah tua, walaupun pulangnya aku kali ini sambut dengan helaian uban baru di dahinya.

Sahabat handai sudah pulang ke kampung halaman. Nampaknya aktiviti merewang, minum teh tarik hingga lewat malam dan futsal tergendala buat seketika. Tinggallah aku tonggak Bangi tahun ini. Pegawai rukun tetangga tak bertauliah dan tak bermandat.

*****
There are many moments, when writing, that a sense of deja vu permeates. This blog is slowly approaching the beginning of its seventh year of existence; and truth be told, what is it that I can say that hasn’t yet been said? But repeating oneself is a necessary sport, I reckon, and a good one at that, if for nothing else then it exhibits consistency.

But one thing that has yet to happen since the blog’s inception is my celebrating Eid-ul-Fitr in Bangi. In entirety, I think as a family we rarely celebrate Eid-ul-Fitr in Bangi anyway; Syawals past traditionally were celebrated in Kelantan, where parents’ parents live. I did some last minute shopping this year; a much calmer experience relative to the swarms of people that dawdled along the corridors of MidValley Megamall last Saturday (my dad’s idea, not mine). The salespeople at the shops I patronised today asked why I didn’t ‘balik kampung’, to which I replied, my kampung is here.

And for the most part I think it is. ‘Balik kampung’ is a rite of passage where one revisits one’s past a few times a year; trying to look for pockets of memories that may still exist in a locale that has either been eaten up by development, or left to rot by modernisation that forgot to peek by. Kelantan holds memories for my parents; it was where they grew up, where they met and where they fell in love. Bangi, while I physically lived here only for a portion of my teenage years and adult life, holds more memories than Kelantan ever will. Last night on my way back from shopping with a friend, we traced back our first days in Bangi, which dated back to the late 1980′s for the small circle of Bangi friends that I have. That’s a good twenty years, and still the township continues to grow as more and more people opt for a suburban lifestyle not too far from urban modernisation.

*****

Flash from the past at a little past midnight: Sampaikan Aidilfitri! I remember struggling to stay awake so that I could watch the whole telecast. Tonight it seems to flow seamlessly into the United v Aalborg game at 3am. I just don’t know half of the ‘celebs’ hosting these shows. Mana pi Siti Nurhaliza, I thought she was a staple?

The Krypton Factor

8 comments

srkbbb5k.jpg


srkbbb6k.jpg

I got these off of Facebook (but where else). I have been told I am easy to spot, due to the ‘kerut’ factor. And no, I didn’t undergo a sex change. The dude with the arrow above his head is Nazri, who was my classmate at SRKBBB, who posted the pictures online.

Hikayat Putera Shazlan

7 comments

Macam tau-tau aje Skuad Era ni aku gi Pasar Ramadhan kat PKNS tadi


Skuad Era cuba menjejak aku di Pasar Ramadhan PKNS petang tadi..

Warta berita jam lapan malam memberitahu aku bahawa ada adjustment pada harga minyak. Argh, getus hatiku. Mesti banyak queue di stesen minyak lepas ni. Baru nak catur plan nak pergi ke Fariz lepas balik dari Warta. Tapi pusing-pusing Bangi, aku tengok tak ada pun stesen minyak penuh. Balik rumah baru tersedar.. harga minyak turun. Maklumlah. Aku tak pernah berada di Malaysia bila harga minyak turun. Walaupun sekadar sepuluh sen, kita kan rakyat Malaysia yang patut bersyukur atas setiap anugerah yang kerajaan berikan kepada kita.

*****

Hari-hari berlalu dengan pantas sepulangnya aku dari Colchester minggu lepas. Sedar tak sedar sudah seminggu. Jetlag masih di tahap ekstreme. Tapi abah nampaknya kurang complain. Mungkin kerana dia hepi ada jaga di rumah ini untuk memastikan orang bangun sahur. Lagipun tugasan membayar bil masih dapat dijalankan.

*Cue muzik instrumental semi-jiwang di sini* Kalau bercuti begini memang rasa best lepak di Bangi. Tapi aku rasa aku masih belum sedia untuk pulang. Sebab sekarang memang rasa best. Ada kawan-kawan. Nanti aku balik, kawan-kawan dah berkawin, beranak 2.4 dan berrumah pagar putih; ha.. di saat itu dimanakah happiness? Kalau mahu tahu di mana kita happy, it has to be the place where we are happiest despite the fact that we are alone. I know quite full well that it isn’t here. Yet.

Evolusi dunia. Mungkin suatu hari aku akan capai tahap itu.

Atau mungkin juga aku yang kawin dulu. Aku pernah terfikir, suatu masa dahulu, bahawa saat aku berkahwin maknanya aku sudah ‘settle’. Dan tema hari perkahwinan perlulah hitam kerana aku pasti sedang tangisi saat matinya idealisme dan cita-cita aku; saat aku kompromi semuanya demi melunaskan cita-cita orang lain. Titik tolak aku berfikir begitu berasal dari perbualan dengan seorang bekas teman lelaki yang mengakhiri perhubungan dengan alasan, aku terlalu ‘ambitious’ untuk dijadikan suri hidup sesiapa pun. Namun aku bingkas beristighfar, kerana jodoh di tangan Tuhan dan siapa tahu, mungkin perkahwinan itu bakal menjana idealisme yang lebih utuh lagi.

Sejak pulang sudah tiga empat kali diajukan soal kahwin, dari pelbagai sudut -termasuklah makcik jual roti bom – kecuali dari mulut mak dan abah aku sendiri. Aku menepis dengan jawapan standard: buat muka sedih, tunduk dan berkatalah dengan pasrah.. “Belum ada jodoh”. Tetapi sebenarnya aku tidak tertekan untuk mengakhiri zaman bujang kerana tiada desakan dari keluarga. Kalau aku dibebel setiap hari mungkin aku lebih proaktif dalam usaha mencari teman hidup. Tidak bermakna tidak mencari. Tapi tidak tertekan untuk membuat keputusan yang mungkin membuat aku tidak tidur malam – seperti malam ini – memikirkan, did I do the right thing?

Kerana natijahnya, memang naluri manusia mahu memperbetulkan apa yang dirasakan senget. Sama ada persepsi, ide, keadaan atau pinggan di atas meja. Cuma skalanya berbeza, jadi ada di antara kita yang menjadi Cik Sri Siantan, ada pula yang berjuang titisan darah dan dakwat demi ‘kebenaran’ at all costs. Hakikatnya, kita manusia. We fix things. Kita semua Bob the Builder.