Archive for

October, 2007

...

I would like to believe that I am not just pseudo making it.

1 comment

Day one, day one
Start over again
Step one, step one
I’m barely making sense
For now I’m faking it
‘Til I’m psuedo-making it
From scratch, begin again
But this time I as I
And not as we

Alanis is back, it seems. With new depressing material. Yay.

The Hardest Part

1 comment

Aku nekad. Hari ini aku akan pulang tepat jam 5 petang. Atau mungkin 4.30. Kenapa tidak lebih awal lagi? Kerana aku sudah bayar parking sampai 4.30 petang.

Aku bangkit pagi tadi, dan dalam keheningan pagi post-subuh aku mulai sedar bahawa teratak aku sudah patut didowngrade dari teratak kepada rumah kepada ruang kediaman kepada sarang. Baju tak berlipat. Timbunan magazine tak terbaca. Suratkhabar tak tersentuh. Nasib baik baju dan pinggan berbasuh sahaja – dan itu pun atas dasar keperluan. Ah, aku tak nak describe semua, nanti bakal mak mertua baca pengsan dia. Mungkin aku patut tukar strategi mengorat. Aku patut usha mak dia dulu. Kalau maknya hip, happening, tak kisah aku malas lipat baju dan mahu saja keluar bermain futsal dengan aku, sudah pasti lebih senang perkahwinan aku dengan anaknya nanti.

Aku tulis catatan ini pada jam 1419. Mari kita saksikan nanti apa yang berlaku.

*****
2154 hrs: Aku ‘berjaya’ pulang jam 1719. Not too bad, aku rasa. Tidak semua chores berjaya aku selesaikan. Tapi dapurku sudah ada rupa dapur, dan majalah terbiar kini tidak lagi berkeliaran tanpa hala.

Tomorrow is another day.

Cold Day In the Sun

5 comments

Dalam kepala ada 1,000,001 judul dan idea karya. Ada yang bercorak kritis, bercorak jenaka, bercorak analisa dan ada yang tanpa corak. Namun sudah dua hari aku mulakan kerja jam 8am, dan hanya mampu bergerak pulang jam 8pm. Ah! Sangat penat, yo.

Not quite California, but a lot of dreaming

Aku amik gambar ni dari Carfax Tower di Oxford. Post-lens rosak. Robust jugak manual focus Canon EF ni rupanya.