Ada Apa dengan Tahun Baru?
Aku sama dengan Poad (refer pada guestbook). Tak biasa sambut tahun baru. Maal Hijrah biasanya aku jadikan titik tolak muhasabah tahun lalu. Bukan lah nak kata aku lebih baik dari orang yang sambut tahun baru – sebab Allah sahaja yang tahu betapa banyak dah dosa yang aku buat dalam hidup yang baru menjangkau 25 tahun lebih ni – tapi dari aspek mana yang aku mampu jalankan hidup secara Islam dalam dunia yang serba sekular ni, aku cuba. Tapi ini cuma pendapat aku; some people would see no harm in celebrating something that has nothing to do with religion (or so they argue); as for me, since ada alternative lain – aku cuba kumpul brownie points kat situ. Lagipun, dalam Islam ada dua chance untuk muhasabah tahun yang lalu – Nisfu Syaaban, bila buku kita diangkat naik; dan Maal Hijrah.
Rakan-rakan dah pulang dari London. Malam tadi aku jamu diorang makan nasi goreng kat flat aku. Diorang bawak card – kami main gin rummy dari jam berapa ntah. Jam 5 pagi baru sorang-sorang beransur pulang. Ada juga yang aku suruh tidur ajer kat flat aku.. senang. Plannya esok (hari ini) nak ke Preston. Berjaya juga projek tu – cuma jam 2 petang baru gerak dari Lancaster; dan kedai dah announce nak tutup baru kami gerak dari kedai. Malam ni projek lepak phase 2. Main kad lagi kot. Cuma tukar port. Malam ni di bilik Ana/Khalid pulak. Makan nasi goreng lagi. Hehehe.. tapi ini malam Ana kena masak.
Lepas gian nampaknya aku – lama sungguh tidak bersosial dengan orang.. heheh.. asyik dengan komputer atau buku saja.
Alhamdulillah, malam tadi tidur better than the previous night. Masih terjaga-jaga every hour or two, tapi not in a panic rush, and tak susah nak lelapkan mata balik. Ingatkan, bila dah beribu batu jauhnya, keadaan makin bertambah baik. Tapi kadang-kadang ada juga relapse rupanya. Kena selalu beringat kalau macam ni.