Archive for

November, 2002

...

Workaholics Anonymous Akhirnya aku

no comments

Workaholics Anonymous

Akhirnya aku berjaya di’pujuk’ untuk keluar bercar-boot sale esok. Tapi malam ni memang aku full speed ahead siapkan kerja lah. Entah jam berapa lah malam ni aku tidur.. isk..

Dulu masa aku di Muadzam, work ethic aku membahayakan jugak. Masuk kerja jam 7 pagi, tak cecah 8.30 malam tak balik ke ‘rumah’. Solat, makan etc, semua dibuat di pejabat. Balik ke rumah memang semata-masa untuk tidur.. esok bangun terus ke ofis semula. Ada saja kerja yang aku cari untuk siapkan, kalau tak itu, ini. Tapi dalam keadaan begitu, setiap weekend aku balik ke KL, aku for sure takkan bawak balik kerja punya. Weekend memang untuk beronggeng berehat fizikal dan mental semta-mata. Bagi aku kerja adalah satu bentuk escapism di Muadzam tu.

Sekarang ni, aku masih kerja 7 hari seminggu. Dalam kepala aku, Sabtu & Ahad bukanlah hari cuti, tetapi 2 hari extra untuk aku teruskan buat kerja tanpa gangguan luar. Kalau hari minggu, aku kena keluar dari bilik dan mengajar atau ke seminar, weekends aku boleh 100% concentrate duduk kat depan PC. Satu trend yang membahayakan. Aku mula risau ; tak nak kerja jadi satu obsession pulak; karang tak pasal-pasal jadi workaholic. Yang paling merisaukan – dua perkara. Aku tak mampu nak enjoy kalau aku ke bandar etc sebab asyik teringatkan kerja. Dan keduanya, di Muadzam boleh lah aku kata escapism. Kat sini, nak escape dari apa lagi? Memang sinilah the ultimate escape bagi aku.

Workaholic ni bukannya orang yang rajin bekerja. Workaholic ni orang yang terlalu taksub dengan kerja hinggakan aspek lain dalam hidupnya diabaikan. Kalau masa sekolah orang suruh kita study smart, maka masa bekerja kenalah work smart. Sebab tu esok aku paksa juga diri supaya keluar dari sini. Kena didik diri supaya jangan jadi workaholic. Nanti kalau aku burnout, susahkan diri sendiri jugak. Kesihatan kena jaga. Tidur kena cukup. Rehat pun kena ada.

Untuk siapa kita menulis

no comments

Untuk siapa kita menulis

Satu persoalan yang menarik juga yang toksik ketengahkan dalam guestbook aku tu. Aku pun terfikir juga, aku menulis ni kenapa? Dan untuk siapa? Untuk kepuasan sendiri? Sudah tentu. Inilah antara lain outlet untuk melepaskan yang terbuku, yang tersirat dan yang tersurat. Dari segi tu, memang kita tak boleh kisah sangat tentang apa orang kata.. tugas kita menulis; kalau menulis kepada diri sendiri pun nak menipu, habis, bagaimana?

Dalam pada itu, apa yang kita nak tulis, kena bertapis juga. Ruang cyber terlalu luas dan tanpa batasan – terlalu banyak bercerita perihal rahsia, nanti tidak lagi menjadi rahsia. Itu sendiri memberi gambaran tentang the potential of the power of weblogs as a communication medium. Mungkin ada orang major Comms. nak buat PhD ke dalam hal ni? Buat kajian sikit?

Bagi sesetengah orang, weblog merupakan sumber komunikasi. Aku ada juga tengok orang menggunakan blog ini sebagai satu medium untuk berkomunikasi dengan mereka yang jauh di hati mata, dekat di hati. Aku tak tergolonglah dalam golongan tu. Keluarga aku dan kebanyakkan rakan terdekat tidak tahu kewujudan laman web ni.

Tapi kenapa ye.. kenapa aku kurang motivasi kalau tak ada orang membaca? Sedangkan betul juga kata cikdaun tu. Mungkin kerana sifat aku yang lebih gemar berbincang dari bercakap seorang.. jadi bila ada feedback, baru rasa lengkap ‘perbualan’ tersebut. Feedback loop, dalam jargon komunikasi. Tapi kekurangan feedback tidak boleh aku terus jadikan alasan untuk tidak terus menulis.

Lagi berapa hari nak raya?

no comments

Lagi berapa hari nak raya?

Selamat pagi dunia! Kenapa aku sebut dunia.. hehe.. sebab berdasarkan statistics website aku nie, orang yang datang menyinggah bukan sahaja warga se-UK atau se-Malaysia, tetapi dari pelbagai negara, termasuk Australia, Hong Kong, Japan, Germany dan juga Finland. Tak sangka ada juga orang Melayu di serata pelusuk dunia ; aku assume Melayu atau orang yang memahami BM sebab sejak sampai ke sini, aku dah kurang bercerita dalam BI. Jadi aku nak ucapkan terima kasih kerana meyinggah dan terus meyinggah; itulah motivasi bagi aku untuk terus menulis! Ini bukan blog aku yang pertama; dah banyak kali projek blog aku terbelangkalai sebab jadi malas – bila ada orang membaca terasa macam rajin sikit nak update. Macam performer pulak jadinya ; ada audience, seronok dia perform.. takde audience, dia pun tak ada mood.

Tadi pagi selepas subuh (yang hampir gajah!) aku terus mandi (sebab mata masih penat) and finally decided to call member aku kat Malaysia. For quite a long time dia memang partner in crime aku kat Bangi tu; ke mana aku tak heret dia, especially kalau nak pekena wayang pagi Ahad. Aku miss jugak sebenarnya kat dia sebab yelah, dah ada geng sekepala.. tapi of course lah kan takkan mengaku kat dia or sesiapa yang kenal dia.. control tetap control! Cuma aku tetap cuba lobby dia buat Masters di Lancaster nie… heh heh heh…

Apa-apa pun, nak kena gi ke bandar. Rasanya kena juga keluarkan cash di NatWest di bandar.. bukan banyak hari aku ada yang free; alang-alang dah ada ni, baik aku belikan terus Nadia punya birthday present. Nanti dah kalut dengan kerja tak menyempat nak keluar. Ni pun asas nak keluar sebab beras dah habis! Kalau tak… bertapalah aku depan PC nih..